Tuesday 10 May 2011

*UBAT PENYEMBUH RASA RENDAH DIRI..

tetiba je terdetik hati nak tulis post ni selepas tgok rancangan Rawatlah Hati Bangunlah Insan @ Astro Oasis..
tajuk episod semalam lebih kurang mcm kt atas tu la..
kebetulan, terasa topik ni mmg sgt berkaitan ngan diri aku,
nak menyambung pelajaran ke UM..
mmg terasa rendah diri sbb mengenangkan balik yg dapat ke sana smua yg straight A..
silibus kt sana pun dgar katanya lebih susah drpd Matrik..
maka, tak mustahil timbul persoalan : "Mampukah aku??"..
tapi, usrah yang diberi Ustaz Aagim (from Indonesia) akhirnya menyedarkan aku...



*dalam Islam, Allah melarang kita sama sekali 'TINGGI DIRI'

-sebabnya tinggi diri tu = sombong, bongkak, riak dan berlagak (ni aku tambah! mcm dlm Geng Surau..)
-tinggi diri juga menyebabkan kita memandang rendah kat orang lain..
-ingat, tinggi diri berpunca drpd rasa bangga dengan kelebihan diri..padahal, kelebihan tu Allah yang bagi, milik Allah jua..bila Allah nak balik, bila-bila masa je Allah boleh!..
~Contohnya, kepanadaian..jgn sombong dgn kepandaian tu! Riak tk tentu pasal..bangga dapat result yg gila gempak..Sepatutnya, guna kepandaian utk bantu keluarga, kwn2, bangsa dan agama..
Thus, sentiasalah BERSYUKUR dengan lebihan yg Allah dah kasi..dan gunakan kelebihan tu pd tempat dan masa yg sepatutnya..


*dalam Islam pun, Allah pun tak suruh kita 'RENDAH DIRI' :

-rendah diri= asyik nampak kelemahan diri dan anggap orang lain lg hebat..yg teruknya, langsung tak bersyukur dengan nikmat Allah yg lain..
-rasa rendah diri menyebabkan kita depress, tak bersemangat..jadilah orang yg tk guna akhirnya..
~Contoh, kecantikan..Allah bg kita tak cantik ada sebabnya..tengoklah kelebihan lain yg Allah kasi, ..mungkin kita tak cantik, muka tak mcm Siti Nurhaliza or Wardina..tapi, mugkin Allah bagi kita kebijaksanaan, pandai mcm Albert Einstein (konon lar..)..kan dh kira advantage tuh!! muka lawa, tapi akal tak boleh pakai buat ape..
Thus, kita kenalah reflect pd diri..tengok kelebihan diri yang lain. n sentiasa BERSYUKUR..

*Kalau Islam tak kasi kita TINGGI DIRI dan RENDAH DIRI..maka, Islam bg kita apa??
Islam sarankan umatnya 'RENDAH HATI'


-rendah hati=tidak sombong/bangga diri tapi berprestasi...masih bersemangat!
-orang yg rendah hati tidak sombong dgn kelebihan yg Allah kasi dan tidak merendah-rendahkan kekurangan diri yg Allah kasi...sebab yang Maha Sempurna itu kan Allah..dan Allah Maha Adil..masing-masing ada kelebihan dan kekurangan diri..

----------------------------------------------------***--------------------------------------------------------
ubat rasa rendah diri :

1. anggap kelemahan diri sebagai cabaran bukannya halangan..
-contohnya, aku kan takut sgt nk bersaing di PASUM..maka, aku kena study hard, not wasting time,take all the opportunity to prove that i am deserved to be placed there..

2. setiap kelemahan tu, pasti ada hikmahnya..
-jgn berprasangka buruk dgn Allah..sebab semua yang diciptakanNya ada tujuan masing-masing.

3. tengok nikmat allah yang lebih hebat..
-mcm Ustaz Aagim kata semalam, kita merungut bila gigi kita sakit. walhal, gigi yang sakit tu sebatang je..mcm mana dengan gigi-gigi lain yg tak sakit..kenapa kita tak bersyukur? dalam pada kita sakit gigi tu, kita boleh lagi melihat, mendengar dll, tapi, yg sakit sikit tu jgk yg drungutkan..bersyukur!!

4.kelemahan diri sbg rahmat Allah utk jauhkan diri drpd maksiat..
-contoh, kita maybe tak ada body figure yg mengiurkan mcm Kim Kardashian..tp, bersyukurlah!! sebenarnya, body mcm tu lah yg akhirnya menarik kpd perkara2 maksiat..Allah sayang kita sebenarnya!

5. sentiasalah bersyukur dan berusaha ke arah perkara yg lebih baik! 

2 comments:

  1. wa, bguih la artikel nie..
    ak bawu taw pasal rendah diri,
    sepatutnye kene rndah hati bukan rendah diri..
    syukran ea atas perkongsian ilmu nieh..
    kaw share r artikel nieh kat fb ke..
    sure rmai yg tertarik..
    hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..alhmdulillah
    utk kbaikan bersama..

    ReplyDelete