Saturday 16 February 2013

be a little positive, please..~


Assalam..
benar, Islam itu mengajar supaya sentiasa bersederhana. 
Kerana Islam itu agama yang sempurna, sedangkan aku tidak.. 
aku manusia biasa, bukan seperti 'plain water' yang sifatnya 'neutral'.
ada ketika aku bisa seperti 'acid' yang sifatnya tersangatlah negatif..
dan ada ketika seperti 'basic' yang terlalu positif..

susah benar untuk aku terima hakikat yang aku terpaksa pulang awal ke kolej. 
yup, perkara kecil yang sangat sukar diterima..mungkin kerana aku perlu meninggalkan keluarga 
dan perlu berdikari semula..
atau mungkin kerana perlu menempuh sem 2
atau pun kerana result yang bakal keluar dan entah apa keputusannya..

tetapi...
itulah realiti.
realiti yang perlu aku hadapi demi mengejar cita-cita
ada ketikanya apabila terlalu mengejar cita-cita,
terlalu memandang ke depan,
sebenarnya kita lupa apa yang dibelakang-
keluarga yang sangat menyokong
kawan-kawan lama
malah, siapa kita ini dahulu.

benar,
apa jua keputusan yang bakal keluar
aku akan menerimanya sebagai qada dan qadar Allah
Allah itu Maha Tahu!

semoga,
sem 2 akan lebih bermakna,
lebih memperbanyakkan usaha, 
lebih mendekatkn diri kepada Allah,
lebih bertambah ilmu,
lebih byk pulang ke rumah drpd merayau entah ke mana :)
lebih segala-galanya..
semoga dipermudahkan.....aminnn!